Rabu, 14 Disember 2022

2.7 - PENUTUP

Semua pihak yang terlibat dengan kurikulum yang dibentuk perlu ada benchmark sendiri untuk setiap subjek supaya kurikulum yang ditawarkan tidak ketinggalan. Konkulusinya, tugas setiap pendidik ialah memastikan serta menentukan bahawa pengajaran dan matlamat yang hendak dicapai adalah selaras dengan falsafah, misi, visi, dan amalan yang telah dipilih.

Uji Minda

1) Kuiz Konsep & Teori Kurikulum


2) Kuiz Teori- teori Pembelajaran & Teori Mendasari Kurikulum




2.4 - TEORI-TEORI MENDASARI KURIKULUM

Teori yang mendasari kurikulum mempunyai empat pembahagian sahaja iaitu  teori  disiplin mental, teori fungsional, teori saintifik dan juga teori berasaskan sekolah.  Teori-teori kurikulum ini menjadi dasar kepada kurikulum.






2.3 - TEORI-TEORI PEMBELAJARAN

Teori itu secara umumnya adalah perkaitan beberapa andaian atau penyataan yang telah diperhati dan dikaji secara saintifik dan didefinisikan di bawah sesuatu situasi atau syarat tertentu, berdasarkan hasil kajian yang dijalankan oleh tokoh-tokoh tertentu.  Teori pembelajaran merupakan dapatan kajian ahli-ahli psikologi pendidikan tentang konsep pembelajaran, faktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran serta proses dan sebab berlakunya pembelajaran. Teori pembelajaran juga menghuraikan tentang unsur faktor dan mekanisme yang terdapat dalam proses pembelajaran.

           Disini penerangan berkaitan  teori-teori pembelajaran dengan lebih terperinci :





2.2- KONSEP & TEORI

Kurikulum merupakan segala bentuk pembelajaran yang terancang di dalam bilik darjah. Teori merupakan antara perkara asas kepada sesuatu bidang ilmu, termasuklah bidang psikologi Pendidikan. Teori juga merupakan sesuatu yang menjelaskan tentang sebuah sistem mengenai bagaimana sesuatu fenomena beroperasi dan mengapa fenomena itu terjadi seperti itu.  




 

TEORI KURIKULUM

Konsep-konsep teori kurikulum iaitu suatu pernyataan yang memberikan makna terhadap kurikulum. Makna tersebut wujud disebabkan adanya penegasan hubungan antara unsur-unsur kurikulum, adanya petunjuk perkembangan, penggunaan dan penilaian kurikulum. Asas-asas ilmu dalam pembinaan kurikulum ialah ilmu falsafah, psikologi, teknologi dan sosiologi. Ilmu falsafah melibatkan teori realiti, ilmu dan nilai, manakala ilmu psikologi ialah berkaitan teori pembelajaran dan motivasi. Ilmu teknologi pula berkaitan dengan teori sistem komunikasi & maklumat, manakala ilmu sosiologi adalah melibatkan teori sekolah & masyarakat.


TUGAS UTAMA TEORI KURIKULUM

CONTOH - CONTOH TEORI KURIKULUM



Disini terdapat penjelasan yang lebih terperinci mengenai teori kurikulum, teori kurikulum disiplin mental, teori kurikulum saintifik, teori kurikulum fungsional dan teori kurikulum berasas sekolah.