Rabu, 14 Disember 2022

2.2- KONSEP & TEORI

Kurikulum merupakan segala bentuk pembelajaran yang terancang di dalam bilik darjah. Teori merupakan antara perkara asas kepada sesuatu bidang ilmu, termasuklah bidang psikologi Pendidikan. Teori juga merupakan sesuatu yang menjelaskan tentang sebuah sistem mengenai bagaimana sesuatu fenomena beroperasi dan mengapa fenomena itu terjadi seperti itu.  




 

TEORI KURIKULUM

Konsep-konsep teori kurikulum iaitu suatu pernyataan yang memberikan makna terhadap kurikulum. Makna tersebut wujud disebabkan adanya penegasan hubungan antara unsur-unsur kurikulum, adanya petunjuk perkembangan, penggunaan dan penilaian kurikulum. Asas-asas ilmu dalam pembinaan kurikulum ialah ilmu falsafah, psikologi, teknologi dan sosiologi. Ilmu falsafah melibatkan teori realiti, ilmu dan nilai, manakala ilmu psikologi ialah berkaitan teori pembelajaran dan motivasi. Ilmu teknologi pula berkaitan dengan teori sistem komunikasi & maklumat, manakala ilmu sosiologi adalah melibatkan teori sekolah & masyarakat.


TUGAS UTAMA TEORI KURIKULUM

CONTOH - CONTOH TEORI KURIKULUM



Disini terdapat penjelasan yang lebih terperinci mengenai teori kurikulum, teori kurikulum disiplin mental, teori kurikulum saintifik, teori kurikulum fungsional dan teori kurikulum berasas sekolah.
















Tiada ulasan:

Catat Ulasan