Rabu, 14 Disember 2022

2.1- PENGENALAN

Kurikulum merupakan segala bentuk pembelajaran yang terancang di dalam bilik darjah. Teori merupakan antara perkara asas kepada sesuatu bidang ilmu, termasuklah bidang psikologi Pendidikan. Teori juga merupakan sesuatu yang menjelaskan tentang sebuah sistem mengenai bagaimana sesuatu fenomena beroperasi dan mengapa fenomena itu terjadi seperti itu. 

Selasa, 13 Disember 2022

KPF 4023- PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH



Pada asasnya teori-teori pembelajaran masa kini boleh diklasifikasikan kepada 3 mazhab yang utama iaitu behavourisme, kognitivisme, dan konstruktivismes. Ketiga-tiga teori ini mempunyai konsep yang berbeza dari segi pendekatannya. Jika dilihat pada sudut teori kurikulum pula, pendidik dan penggubal kurikulum perlu memahami hasrat negara yang dinyatakan dalam Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Setiap kurikulum yang dibentuk adalah untuk memenuhi keperluan jangka panjang. Kesan daripada hasil kurikulum yang digubal akan melahirkan generasi negara seperti mana yang dihasratkan dalam Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.  Namun dalam bab ini, apa yang kita akan bincangkan adalah berkenaan teori kurikulum dan juga teori pembelajaran.